I love you , Harta , my family and my friends !

Monday, November 2, 2015

Kelahiran yang dirai


Bismillahirrahmanirrahim..Assalammualaikum :D

Lama nyeeeeeeeee tak tulis entri . Ada lah nak dekat setahun :D Anak pun nak 8 bulan dah . hehehe. Maaf maaf . Masa memang takde. Mood pon kelaut . huahaha . jadi , korang ni dah ready ke nak baca entry panjang gila ni ? Kalau dah ready , sila fokus dan hayati k ?

Kelahiran yang dinanti akhirnya menjengah waktu. Dalam entri ni , akan ku ceitakan 1 per 1 detik kelahiran puteri sulung kesayanganku. Biar 1 masa nanti , bila dia sudah besar atau aku sudah dipanggil Tuhan untuk pulang menemui sang pencipta, entri ini lah yg akan menjadi bukti betapa Mommy sangat mencintai dan menyanyangi kalifah kecil Mommy itu . Sekurangnya aku tinggalkan 1 kenangan buatnya untuk mengubat rasa jika ade rindu menjentik hati kecilnya nanti....sebak pulak . hahahahaha

9 Mac 2015 - Isnin ( 38 minggu )

Pagi itu aku rasa lain . Perut rasa kerap sgt mengeras dengan sela masa 5:40. tapi tak consistent. Kebetulan pagi tu aku ade checkup dengan klinik desa memandangkan berat aku dah tak naik since week 36 & tinggi rahim telah menurun menandakan anak aku akan keluar pd bila-bila masa shj. Sampai je klinik desa nurse terus check & nurser mula risau sebab kerap sgt baby menegras sampai nurse nak ambik nadi pon dah takboleh . masatu juga nurse ukur tinggi rahim & makin menurun. Nurse terus refer aku ke doctor. Doctor terus buat surat utk refer ke hospital . hahaha . aku taktau nak gelak ke apa masatu sebab yelaaa da nak bersalin ke aku ? seriuzzaahhhhhhhhhh...

Jadi , aku pon pergilah hospital . Check punya check guna ctg tu mmg baby kerap sangat mengeras tp jln baru buka sikit so aku mintak balik .  sambunglah berjimba suka-suka dirumah.

10 Mac 2015 - Selasa 

Petang yang indah .. masatu aku tengah duduk-duduk depan rumah tengok anak buah main . Tetiba terasa sakit . aku igt sengal-sengal biasa tapi ok ni tak biasa . tp jujurlah ye , sakit tu best je aku rasa. masatu ade kakak ipar aku . Dia tanya kenapa muka mc tahan sakit . hahahaha . aah mmg tgh sakit pon , tp sakitnyaaaa seronok  . sumpah seronok . tak tipu.

Malam tu laki aku ajak makan kat luar . Ala dekat je pon . So aku standby bawak phone sesiap dengan apps contraction yg selalu on . tiap kali contarction dtg , aku guna la apps tu utk kira sela masa . sebenarnya masa tgh mkn tu , contraction dah 5 minit sekali sampai apps tu ckp " you may standby to the hospital now!" hahahaha , tp aku diam je. aku tgk laki aku dgn kembar dia khusyuk sgt mkn . hahahaha . sampai rumah laki aku ckp dia ade keje. aku pon teman lah dia kat bengkel tu . masatu sakit mmg dah konsisten. mmg layak g spital . tp aku ambik keputusan nak biar je sebab sakitnya seronok . hehehe. sampailah am 11 malam , laki aku dh siap buat kerja kami pon sesiap masuk dalam rumah nak isyak & tetibaaa ada darah . jeng jeng jeng. Kami teruslah ke hospital tp tak bgtau sesapa sebab takut false alarm .

setibanya aku kat hospital , doc terus buat VE . ok dah 3 cm. Kena admit terus. hahahaa . nak gelak lagi sbb macam weyyy japgi aku jd mak dohhh . mimpi keeeee apaaaa. hahahah. Laki aki terus call mak aku dgn mentua aku. duduk je katil aku rasa ngntok tp aku sempat mkn kurma dgn air zam-zam . petua aku , mkn kurma kena kira . makesure dlm nombor ganjil. lpstu terus tdo . Tp lepastuuuuu aku terjaga sebab sakit makin kuat . ambik headphone , psg surah Maryam & letak kat perut . Sambung kunyah kurma dgn air zam-zam. Masani aku dah suruh laki aku tidur kat katil aku , sbb aku nk duduk .

11 Mac 2015 - Rabu

Lepas subuh , nurse dtg pecahkan air ketuban . ooo baby dah berak sikit rupanya,tu yg dia tazabar nak keluar tu . hahahaha. Jam 8pg , sakit yg tak kujangka dtg menjengah . Yg ni baru real sakitnya . mmg aku nangis . 2 jam kemudian , lahirlah puteri comel Mommy yang sorang ni . heheh alhamdulillah :D


Ayyasya Syumaila :D

Dah 7 bulan dah ... heheheh

Alhamdulillah ... Ayyasya sihat, syukur. Masa lahir Ayyasya free from jaundice walaupun Mommy berisiko tinggi sebab darah O+. Ayyasya juga free from cradlle cap, which is kulit kepala berkuping. Cuma Ayyasya kne ruam panas sikit masa first 3 weeks. Amalan masa pregnant senang je. Masa dh 6 bulan ,minum air kelapa segar tanpa gula tiap hari atau sekerapnya . Yang ni mmg mujarab sebab kepala Ayyasa tak berkuping. Pati delima gulsan dan susu kambing wildan pula adalah usaha aku untuk elak anak jaundice . Alhamdulillah Allah izin . Amalan mudah bersalin pulak , aku amalkan kapsul & liquid of Virgin Coconut Oil ( VCO). Syukur syukur, semuanyaAllah izin ...

Mommy masih kuat breastfeed Ayyasya . InsyaAllah cukup sampai 2 tahun :D aamin. Setakat ni juga, Ayyasya belum pernah demam . Mommy percaya susu ibu dah buat Ayyasya kuat . harapnya kekal sihat sampai bila-bila ye sayang ...

okay nanti ada masa aku update lagi entri yeee . hehehehe


LEAVE SOME OPINION =)

No comments:

Post a Comment