I love you , Harta , my family and my friends !

Monday, November 2, 2015

Kelahiran yang dirai


Bismillahirrahmanirrahim..Assalammualaikum :D

Lama nyeeeeeeeee tak tulis entri . Ada lah nak dekat setahun :D Anak pun nak 8 bulan dah . hehehe. Maaf maaf . Masa memang takde. Mood pon kelaut . huahaha . jadi , korang ni dah ready ke nak baca entry panjang gila ni ? Kalau dah ready , sila fokus dan hayati k ?

Kelahiran yang dinanti akhirnya menjengah waktu. Dalam entri ni , akan ku ceitakan 1 per 1 detik kelahiran puteri sulung kesayanganku. Biar 1 masa nanti , bila dia sudah besar atau aku sudah dipanggil Tuhan untuk pulang menemui sang pencipta, entri ini lah yg akan menjadi bukti betapa Mommy sangat mencintai dan menyanyangi kalifah kecil Mommy itu . Sekurangnya aku tinggalkan 1 kenangan buatnya untuk mengubat rasa jika ade rindu menjentik hati kecilnya nanti....sebak pulak . hahahahaha

9 Mac 2015 - Isnin ( 38 minggu )

Pagi itu aku rasa lain . Perut rasa kerap sgt mengeras dengan sela masa 5:40. tapi tak consistent. Kebetulan pagi tu aku ade checkup dengan klinik desa memandangkan berat aku dah tak naik since week 36 & tinggi rahim telah menurun menandakan anak aku akan keluar pd bila-bila masa shj. Sampai je klinik desa nurse terus check & nurser mula risau sebab kerap sgt baby menegras sampai nurse nak ambik nadi pon dah takboleh . masatu juga nurse ukur tinggi rahim & makin menurun. Nurse terus refer aku ke doctor. Doctor terus buat surat utk refer ke hospital . hahaha . aku taktau nak gelak ke apa masatu sebab yelaaa da nak bersalin ke aku ? seriuzzaahhhhhhhhhh...

Jadi , aku pon pergilah hospital . Check punya check guna ctg tu mmg baby kerap sangat mengeras tp jln baru buka sikit so aku mintak balik .  sambunglah berjimba suka-suka dirumah.

10 Mac 2015 - Selasa 

Petang yang indah .. masatu aku tengah duduk-duduk depan rumah tengok anak buah main . Tetiba terasa sakit . aku igt sengal-sengal biasa tapi ok ni tak biasa . tp jujurlah ye , sakit tu best je aku rasa. masatu ade kakak ipar aku . Dia tanya kenapa muka mc tahan sakit . hahahaha . aah mmg tgh sakit pon , tp sakitnyaaaa seronok  . sumpah seronok . tak tipu.

Malam tu laki aku ajak makan kat luar . Ala dekat je pon . So aku standby bawak phone sesiap dengan apps contraction yg selalu on . tiap kali contarction dtg , aku guna la apps tu utk kira sela masa . sebenarnya masa tgh mkn tu , contraction dah 5 minit sekali sampai apps tu ckp " you may standby to the hospital now!" hahahaha , tp aku diam je. aku tgk laki aku dgn kembar dia khusyuk sgt mkn . hahahaha . sampai rumah laki aku ckp dia ade keje. aku pon teman lah dia kat bengkel tu . masatu sakit mmg dah konsisten. mmg layak g spital . tp aku ambik keputusan nak biar je sebab sakitnya seronok . hehehe. sampailah am 11 malam , laki aku dh siap buat kerja kami pon sesiap masuk dalam rumah nak isyak & tetibaaa ada darah . jeng jeng jeng. Kami teruslah ke hospital tp tak bgtau sesapa sebab takut false alarm .

setibanya aku kat hospital , doc terus buat VE . ok dah 3 cm. Kena admit terus. hahahaa . nak gelak lagi sbb macam weyyy japgi aku jd mak dohhh . mimpi keeeee apaaaa. hahahah. Laki aki terus call mak aku dgn mentua aku. duduk je katil aku rasa ngntok tp aku sempat mkn kurma dgn air zam-zam . petua aku , mkn kurma kena kira . makesure dlm nombor ganjil. lpstu terus tdo . Tp lepastuuuuu aku terjaga sebab sakit makin kuat . ambik headphone , psg surah Maryam & letak kat perut . Sambung kunyah kurma dgn air zam-zam. Masani aku dah suruh laki aku tidur kat katil aku , sbb aku nk duduk .

11 Mac 2015 - Rabu

Lepas subuh , nurse dtg pecahkan air ketuban . ooo baby dah berak sikit rupanya,tu yg dia tazabar nak keluar tu . hahahaha. Jam 8pg , sakit yg tak kujangka dtg menjengah . Yg ni baru real sakitnya . mmg aku nangis . 2 jam kemudian , lahirlah puteri comel Mommy yang sorang ni . heheh alhamdulillah :D


Ayyasya Syumaila :D

Dah 7 bulan dah ... heheheh

Alhamdulillah ... Ayyasya sihat, syukur. Masa lahir Ayyasya free from jaundice walaupun Mommy berisiko tinggi sebab darah O+. Ayyasya juga free from cradlle cap, which is kulit kepala berkuping. Cuma Ayyasya kne ruam panas sikit masa first 3 weeks. Amalan masa pregnant senang je. Masa dh 6 bulan ,minum air kelapa segar tanpa gula tiap hari atau sekerapnya . Yang ni mmg mujarab sebab kepala Ayyasa tak berkuping. Pati delima gulsan dan susu kambing wildan pula adalah usaha aku untuk elak anak jaundice . Alhamdulillah Allah izin . Amalan mudah bersalin pulak , aku amalkan kapsul & liquid of Virgin Coconut Oil ( VCO). Syukur syukur, semuanyaAllah izin ...

Mommy masih kuat breastfeed Ayyasya . InsyaAllah cukup sampai 2 tahun :D aamin. Setakat ni juga, Ayyasya belum pernah demam . Mommy percaya susu ibu dah buat Ayyasya kuat . harapnya kekal sihat sampai bila-bila ye sayang ...

okay nanti ada masa aku update lagi entri yeee . hehehehe


LEAVE SOME OPINION =)

Wednesday, December 24, 2014

My pregnancy story

Assalammualaikum :D

Aaaaaaa lamanya tak update blog . Penyakit malas plus sibuk memang menghantui diri walaupun laptop/komputer ada di depan mata. muahahaha. Alaaa. Faham lah kan . Da la student pastu dah kahwin , pastu pregnant pulak. Aaaa. mmg sibuk semacam lah and malas pun bertambah. Sebab ramai sgt dh tanya knp aku tak update blog , tak cerita pape pasal my first pregnancy and bla bla bla... okay... today aku buat short ( short ke?) update pasal pregnancy life aku okay ? kalau tak mengenangkan ada kakak-kakak usrah yg jauh dan lama tak jumpa, kawan-kawan tersayang yg tgh belajo kat overseas, takdenye aku nak update! hehehe . Anggaplah entri kalini utk menghilangkan rindu kalian terhadap aku ( ceh !) & some sort of story so you guys dah boleh sediakan hadiah utk my soon coming baby :p kikikikiki 


Pejam celik pejam celik , dah 7 bulan aku dok usung perut comel aku ni kesana kemari. Daripada aku tak masuk UiTM sampai aku sekarang tgh study week. Sekarang pakai baju selabuh besar mana pun, babybump tetap akan terserlah dengan comelnya. Rezeki dan bahagian aku , Allah kasik perut kecik . Tp bila checkup Alhamdulillah takpernah ada masalah melainkan berat badan je. Itu hikmah mengandung sambil belajar. Lagi-lagi aku ulang alik dari Sijangkang, Banting -  UiTM Seremban 3. Lecturer pun faham kalau aku tetiba tak datang kls, tak sihat and makan dalam kls. Alhamdulillah lagi , perjalanan semester 1 sgt berjalan lancar. Baby takpernah buat hal. Tak pernah tetiba nak morning sickness. Takde bengkak kaki walopon jalan jauh gila. Ya Allah ... Memang bila aku fikir2 balik, aku bersyukur sgt belajar sambil bawak perut ni . Sebab aku rasa biasa. Betul-betul Allah mudahkan :D Terima kasih anak sebab menyenangkan Mommy. Mengandungkanmu adalah perkara kedua terbaik dalam hidup selepas Mommy dan Papa terikat berjodoh.

Awal pregnancy sampai 3 bulan pertama, bab mabuk memang tak teruk. Tapi pe'el aku lah tah pape. Aku jd cepat sensitif, cengeng, tak suka bilik sendiri, makan sedap-sedap pastu muntah, hari-hari nak mkn Nandos, nak makan nasi lemak jee tiap pagi, tak suka org paksa-paksa and banyak lah lagi . Aku cpt tak selesa masa awl pregnancy ni . Tapi alhamdulillah , jejak je kat UiTM, pe'el aku dh normal . hehehehe . Masa awl pregnancy, aku cuma ambil asid folic je . Tu pun skip-skip. Nyampah gila hari-hari kena mkn vitamin. Susu pun aku skip-skip. Kalau tak, tak tertelan.

Lepas je 3 bulan, sampai lah sekarang, alhamdulillah. Okay je . hehe . Cuma makanan yg aku suka mkn selalu ialah Nando's and Dominos pizza . Bab-bab sensitif pun masih berbaki sikit. Tp benda tu normal lah . Orang mengandung kan . hehehek. Jgnlah annoying dgn aku sbb aku pun pnt dah annoying dgn diri aku sendiri. To be honest, aku bukanlah jenis manjakan diri pregnant-pregnant ni. Means kalau teringin , mengidam sesuatu tu, kena dpt. Aku tak gitu . Mungkin sbb aku jenis insecure. Aku selalu rasa aku nyusahkan org. Sebabtu aku suka berdiri atas kaki sendiri . Buat benda sume independent termasuklah panjat-panjat masa pregnant. hahahah. Prinsip aku, mengidam ni ngada-ngada & takde pun istilah baby yg nak . Jd sila jgn salahkan anak kalau teringin sesuatu :p ni aku,jgn korg samakan dgn korang pulak !

Bab supplement, masa awal pregnancy aku consumed set Shaklee. Siap dgn ESP lagi. Bila checkup , everything okay, aku dah tk consumed full shaklee & bila genap je 5 bulan , aku ambik Omega Guard Shaklee. Minyak ikan ni bagus ye kengkawan sebab anak jadi bijak , mak pun jd pandai. Kan ke  best tu . hehe . Lepastu aku consumed Obimin tiap hari ( tp ku skip jugak) and Pati delima gulsan untuk jaga HB. Tak lupa, aku minum susu kambing Hi Goat cuma tak selalu sebab nanti aku bosan. Kurma, kismis pun kalau bleh jgn tinggal. Aku tinggal-tinggal takpe :p Nak buat camne, dah memang cepat bosan! hahahaha. Memula nk consumed set Salindah. Tp payah beno nak carik . Malas aaaa. Baik mkn je apa yg ada. Plus bab pemakanan aku mmg strict. Banyakkan sayur, ikan , ayam, daging. No junk food. Sekali dua dlm sebulan , should be no problem. Kalau hari-hari? memang tak laaa . 




Setel bab supplement, kalau bab penjagaan diri, tahu je diri sendiri menagndung terus gigih sapu Palmers cocoa butter dkt perut and semua tmpat yg berpotensi. Alhamdulillah . Perut tak gatal , kulit lembut , bebas stretch marks! Untuk 8 months above nnt , nk try perineum massage plak guna minyak kelapa dara. Urutan ni utk memudahkan bersalin. 


Ni paling susah nk carik tau ! T_________T
Selain daripada itu, aku join banyak group ibu mengandung untuk tambah ilmu. Beli macam-macam parenting book , tanya pada in laws and paling selalu , aku suka tanya doktor banyak-banyak. My own opinion, buat lah yg terbaik untuk anak sedari dia dlm perut. Carik semua jenis natural remedy utk aku/baby bila sakit. pasal breastfeed baby, cara jaga diri.Carik ilmu banyak-banyak. Baca artikel - artikel sahih dr Google. Jgn mls . Aku sendiri keep top up ilmu , sbb aku tau. nak jadi Mak ni bukan senang. Lagi-lagi aku student. Quiet challenging kan ? takkan semua aku nk bergantung pada orang :D another thing is, banyak-banyak lah igt Allah . amalkan surah-surah ibu mengandung. Alunkan bacaan surah tu dekat babybump and banyakkan zikir , InsyaAllah . Kalau skg Allah dah mudahkan aku study sambil bawak baby, mungkin Allah izinkan aku mudah bersalin kelak . Tu je mintak . Tak mintak lebih. Aaamin :D

Okay. aku due bulan Mac 2015. Doa-doakan aku dgn baby selamat ye :D penat dah taip! hehe . Gambo perut takde tau :p  okbyeeee !

LEAVE SOME OPINION =)